Thursday, August 22, 2013

Masak memasak

Sejak akhir akhir aku suka memasak terutama western food. Sebabkan aku rasa macam tak puas hati bila makan dekat luar. Tak cukup ingredient dan aku rasa harga tu kalau kita beli barang 10x ganda lebih sedap makanan tu. Aku tak kisah kalau harga makanan tu mahal janji sedap. Ni dah lah mahal. Lepastu makan asyik tak puas hati je. Kesudahannya aku ada kawan chef so aku tanya je recipe peh tu gi je beli bahan2. Lagi puas hati. Aku beli je barang barang yg kawan aku suggest tu. Aku tak suka cari recipe kat internet sebab mesti ada lain sket kan. Kalau tanya dari orang yang betul betul pandai masak, leh tau skill n tips. Lepastu suami aku pon macam galakkan aku masak memasak nih. Aku tau air muka dia bangga sebab aku nak memasak. hahahaha 
Bahan bahan biasa aku beli dekat Jusco je. Senang kan. Dekat situ semua ada. 
Petang nih aku nak cuba buat meatball ala ala IkEA tu. Harap harap berjaya la kan. 

Monday, August 19, 2013

Gemok!


Banyak dah teguran dari kawan kawan aku yang aku dah gemok. hehe sebenarnya memang aku dah gemok selepas bersalin anak ke 3 nih. Tu la aku pon tatau lah macam mana cara nak turunkan berat secara mendadak nih. Bulan puasa hari tu aku baru lah turun 3kg. ada lg 20kg nak turunkan berat aku. boleh ke eh? Aku rasa dapatkan turun 10kg pon dah ok kot. 20kg kurus sgt nanti nampak tua pulak. hahaha 
Dulu masa aku keje dekat Jabatan Kesihatan cc dekat situ pernah cakap kat aku kalau aku kurus sangat nampak tak ok. Masa tu aku memang diet yang ketat sampai aku turun 10kg mendadak. Aku pun sebenarnya rasa tak sihat. Rambut aku banyak gugur. Lepastu aku rasa nak pitam selalu. Then aku rasa sekarang lagi ok kot. Walaupon tembam tapi aku rasa sihat dan kulit tak banyak kedut2. Aku rasalah. Tapi ape ape pon aku memang kena turunkan 10kg tu! Aku akan kembali workout nanti! Tunggu... 

Dia memang macam nih



ok, aku punya la penat control kat sebelah tu dia boleh buat muka macam nih. Sabar je lah.. 
Ape ape pon dia nih lah orang yang paling aku sayang :)

Acara makan makan di rumah

Hari sabtu lepas aku n adik beradik telah organize open house untuk kawan kawan. So start dari malam tu aku dah mula buat dessert, muffin n cake. Aku tak sangka menu yang aku buat untuk open house tu semua homemade. Aku memang suka masak dan jamu orang makan. Memang sejak dulu lagi. Antara menu yang dihidangkan nasi impit, soto, kuah lontong, mee bandung, layercheese cake, puding roti, puding koktel, muffin vanilla n oren dan carbonara. Yang paling laku sekali ialah carbonara. Maybe aku buat cukup bahan bahan kot tu yg laku. Tetamu datang sejak kul 3 ptg dan yang paling last kul 11 malam. Aku pon tak sangka ramai orang datang tapi aku happy sangat dapat jumpa kawan kawan aku. Punya lah lama tak buat open house since aku kawin.
thank u kepada kawan kawan yang datang. Tapi aku tak dapat nak ambik pic kawan kawan aku sebab tak sempat. tu yang sedih sket tu. he3. xpe next year ada lagi kan insyaAllah..

Thursday, August 15, 2013

Raya ke 3 gua..!

ehem .. raya ke 3 gua bermula di Kg. Selomak. Rumah pencen paklong. Aku panggil rumah pencen sebab paklong ada rumah satu lagi dekat taman mak aku tu. eheh.. saje je. Aku kan suka memberi gelaran. So seawal 9 pagi aku dan keluarga besarku yg terdiri daripada pakcik makcik ,sepupu sepapat , menantu menantu, anak buah n cucu2 bergerak berkonvoi 7 buah kereta ke rumah paklong. Selalu paklong dia sediakan breakfast n menu dia mesti lah nasi lemak. Paling sedap sambal maklong. Ntah macam mana dia buat tapi aku rasa sodap betul. 

Makan nasi lomak. en suami x pandang depan. Tunduk je makan. Malu ler tu. Eleh...... 
Aku ambik pic guna hp suami sebab hp aku abes bateri. Tapi tak cantik la pulak front camera tu. huhuhu
xpe lah kan.. 


tu lah sambal tu .. dap nye... 


Disebabkan Aush, Lukman n Fareeq siap awal so mama  bawak lah budak budak 3 org nih terlebih dahulu untuk memberi laluan kepada aku untuk bersiap dengan aman. ngeh3x. Sampai je kat rumah paklong.. papa di sambut oleh lukman. lukman nih mmg rapat ngan papa dia. Tengoklah muka excited dia bila nampak papa datang. 


Peh makan.. aktiviti borak borak. Yang kanak kanak main bunga api yang baby pulak pon nak main jugak tau. Tengok muka fareeq tu geram je. Gelak je dia nih 


Itu adalah mama & papa kepada Hamzah. Yang tudung hitam tu mak sedara yg di gelar Enok. Ada rupa aku tak adik aku nih? Sampai suami aku pon tersilap kadang.. haish!! pelik.. 


ini adalah sepupu and mak sedara aku. 
baju purple tu nadia..anak tuan rumah
yg pakai spek n tudung berkilas tu mak sedara aku Aunty Ziyla..


Ni anak sedara aku Hamzah Al amin dengan tok bah dia. Same rupa tak ngan atok? 




Aku tatau ape yang diaorg ni sedang buat tapi apsal tak panggil aku join?? ni nak marah nih.. 
Tengah recording video raya rasanya 



Ni gambar kami depan rumah paklong. suami aku biasalah berdiri tegak je lah. Dia kan malu malu kucing 


posing lg.. hehhehe 


kunun macam candid lah nih hahaha


Jom bergerak ke destinasi seterusnya kuala pilah rumah Atok sedara 


Dah sampai kg. Gachong. dekat sini beraya pon makan tghari n solat zuhur. 
Selepas itu ke kg. parit kuala pilah n rumah yang terakhir ialah mereka semua beramai ramai ke kg. gentam rumah wan suami aku. Kitaorang memang setiap tahun beramai ramai beraya rumah wan. hehehe 
 Sampai sini saje utk raya ke 3 
ada banyak lagi cerita untuk raya ke 4,5 dan 6 tapi xpe lah tgk je pic nnti. eheh
 

Cerita Raya ke 2

Aku rasa cerita pasal raya ke 3 je lah sbb aku raya sampai raya ke 6 nanti macam letih plak nak type.. ha3 
Sebenarnya bukan letih type tapi aku malas nak remind balik ape aku buat 
Eleh.. korang pon bukan nak tau sgt pon sbb al maklumlah aku bukan nya artis kan.. Aku orang biasa biasa saja.. 
Selelas maghrib raya pertama aku n family kecilku bergerak ke Astana Raja, Rembau. Kampung mama ku.. arwah atok n uwan dah lama meninggal tapi setiap kali raya kami akan berkumpul beramai ramai 
Pagi raya ke 2, keluarga besar sederhana  ku yg terdiri daripada 2 menantu, 5 adik beradik ku yang cool, 4 cucu n of course my beloved parent bertolak ke Johor iaitu kampung abah. Abah aku orang jawa. Kira kami adik beradik nih mixed lah. Abah jawa n mama dia bnyk campuran (siam, arab, cina, indon, melayu ) tu sbb gua comel. ( arghh dah mula dah... )

Kami bertolak dengan 3 kereta. 2 Honda 1 Toyota ( huhuhu di anak tirikan ). Pagi pagi dah gerak dari Rembau ke Johor. Selepas 2jam sampai lah kami ke destinasi. Dalam kereta xleh cakap lah dah bape kali mr hubby ku menguap nguap..  Aush asyik nak air je. Kali ni papa dia boleh lupa masa isi minyak tadi tak beli air untuk dia. Selalu papa , klu masuk petronas wajib beli air ribena n air tin nescafe utk aku :)) 

Mula2 raya rumah adik perempuan abah .. Makcik Safrah
Suami dia baru meninggal tahun lepas sebab sakit jantung. Masa mama berborak dengan dia tadi nampak lah dia nanges. Sebenarnya aku tak berani nak tanya sebab tu lah.. Nanges.. aku dah lah senang nanges nanti aku pon nanges. Dekat rumah Makcik nih klu datang confirm ada makanan.. biasalah masakan orang jawa mesti kuah lodeh n soto. 

Gambar raya ke 2. En suami dah pakai baju casual je bukan baju melayu dah. Slim jugak en suami ku nih kan. Suami aku nih di segan sket nak posing2. Dia lagi suka ambik pic macam nih. Berdiri tegak.

Selepas tu kami ke kubur arwah mbah ( panggilan atok n nenek org jawa) Aku ada ambik gambar kat sini tapi en hb suh delete. Dia cakap tak elok. 

Selepas ke kubur, kami beraya di rumah abang abah ( paklong ) dan adik abah ( pakcik mat ) 

Pakcik Mat nih klu datang rumah dia mesti isteri dia Makcik Mis masak lauk jawa. Aku paling suka sambal goreng dan kuah lodeh dia. Selepas itu, kami ke rumah paklong. 

Gambar dekat Johor. Budak tembam baju kotak kotak tu anak buah aku nama dia Hamzah Al Amin. Dia nih anak adik aku.. Hamzah ni baik je.. dia tak banyak kerenah tapi dia tak boleh panas mesti nak berekon je al maklumlah anak orang kayo ( aku yg gelar nih ). Mak dia asyik nak cakap omputih je. Aku risau jugak klu dia speaking ngan pakcik2 aku nih english. tapi naseb baik dia tak over. kah3 jgn marah ye Dr. dikja



Singgah solat jumaat di masjid yong peng. Lukman ikut papa dia solat jumaat tapi Aush xde makna. Asyik main game je. 

Aush nih memang nak nampak style je.. Tapi bentuk badan dia memang sesuai untuk dress up and aku tak kisah nak belikan Aush ni baju putih sebab dia pembersih. Makan ice cream pon kemas je. 

Nampak macam sebaya je kan? 
Lukman dia agak tembam sikit sebab dia jaga makan dia.
Geram tengok lukman nih. Lukman ni dia seorang yang suka menyakat. 

Selepas beraya 5 rumah kami pon bergerak pulang sambung raya di Tampin pulak rumah sepupu mama sebelah atok.Kitaorang panggil dia Bang T. Pakcik nih setiap raya ke 2 dia buat open house. Masa sampai sini nak dekat maghrib. 

Budak 2 orang ni boring sebab sedara mara dah balik ke rumah Astana Raja sebab nak bersiap siap ke rumah pakngah pulak malam nih. 

 Kami di rumah pakngah ! dekat dekat jugak dengan rumah arwah wan n atok. Hari nih 9 Ogos 2013 birthday abah yang ke 60! Dah 60 umur abah. Semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik :)) Aminnn... 
itu la kami adik beradik
dah besar2 semuanya

ok,tamat sudah raya ke 2
Esok raya ke 3! 


Selamat Hari Raya


Ok.. agak lambat aku nak wish dekat semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Raya tahun ni agak bermakna untuk aku sebab kan... 
1) Ada 3 anak .. yeay..!!! 
2) Untuk pertama kali buah hati ku dengan rela hati membeli baju melayu dia dengan sendiri tanpa dipaksa oleh aku untuk mengikut tema. Aku rasa mcm super happy sbb suami aku nih susah sket lah nak ikut warna kitaorg.. dah 6 tahun kami berkahwin nih lah kali pertama dia ikut warna tema.
Thank you en hubby ku :) 
3) Aku rasa puas hati sgt dapat meringankan beban seseorang. Xleh nk mention sape.. tapi aku mmg rasa happy bila dapat tolong dia. Bukan nk bgtau aku baik.. tapi aku rasa happy bila tgk dia  happy.. ntah mcm mn ntah nk explain 
4) Baju raya aku bnyk tahun nih ! yeay.. sehingga raya ke 5 aku still pakai baju baru okey! ada 2 pasang lg x pakai. Sebenarnya baju2 nih aku beli selepas bersalin.. ingat kan nak buat baju kerja tapi bila dah dpt rasa mcm sayang plak nak pakai.. so raya lah waktu yg sesuai utk pakai.. ! yeah.. 
Tu adalah beberapa sebab yg buat aku rasa bermakna sgt raya aku tahun nih 

Raya pertama aku ialah di kampung suami aku di Kg. Gentam, Kuala Pilah. Sepanjang 6 tahun kami berkahwin.. xpernah buat sistem giliran pon dan aku pon x kisah sebenarnya.. Raya pertama tahun nih.. sehari suntuk aku duduk di rumah wan sebab tolong wan. Mak mertua aku sehingga raya ke 4 berada di wad HTAN sebab menjaga adik iparku yang demam dan tumpah darah selepas bersalin. Untuk pengetahuan korang semua.. Raya tahun nih aku dapat 2 anak buah baru. Sepasang tau!! 
Aku happy sebab dapat pegang baby.. rasa excited n aku rasa sebak sket sbb aku dah tak boleh nak mengandung lg :(( Nanti aku cerita ape sebabnya ok.. 
Kakak ipar aku jugak dapat baby.. 
kaklong dapat baby girl di beri nama Mariam Aishah 
adik Nana dapat baby boy di beri nama Afiq Rayyan 

Di sebelah kiri Afiq Rayyan 
Kanan Mariam Aishah

Ok sambung balik, raya pertama aku hanya duduk di kg dan tolong uwan menyambut tetamu. Walaupun tak dapat berjalan raya tapi aku rasa happy aku boleh bantu wan dan boleh makan makan rendang ngeh ngeh ngeh dan aku juga menyiapkan makanan untuk orang berpantang tau! hehe 
Kaklong cakap sedap aku masak. Aku happy la sebab orang suka ape yang aku buat :) 
Ok, ni gambar raya pertama kami satu family 

Tengok buah hati aku!!! Dia pakai baju hijau.. sama mcm kitaorg jugak ..:) 
Tapi Fareeq .. my new baby n first time sambut raya pakai baju masa kenduri aqiqah. Aku tak beli baju untuk dia sebab tak nak membazir. So, aku putuskan tema kami utk tahun ini ialah Earth!! Yahooo..... 

Waktu pagi, selepas En hubby, Firdaus n Lukman balik dari solat raya .. upacara salam salam. Mintak mintak maaf. Pic xde sbb en suami tak suka ambik gambar waktu mcm tu. Selepas bersalam salam mesti lah dah baik baik kan? So semua happy sampai en hubby senget jap 


Gambar pertama ok, gambar kedua senget sket. Itu tanda pendamaian diterima. ehehe

Peh tu ambik pulak pic anak anak. Pose pose

Ini Lukman first time pakai songkok. Dekat tangan dia memang sentiasa ada makanan 


Ini Firdaus , dia nih memang menghargai duit sebab dia dah tau duit tu boleh beli benda. Dia cakap duit raya dia nak beli cover Ipad. Amboiii.. jangan harap ye Aush, mama nk simpan duit aush tu kat tabung haji senang nnti nak blaja nak guna duit. 


Ini lah Fareeq.. the happy baby. Suka gelak n cheerful macam aku ler..
Haha 
Dia ni tak suka orang pegang dia. Asyik nak bergerak je 
haish.. geram aku. 


Ini adalah aku..
yeah..
Tuan rumah..
Tamat saje cerita pasal raya pertama..
Jap lagi cite pasal raya ke 2 tau! 


Yang pakai jubah tu anak buah aku , Umar Ali nama dia