Thursday, August 15, 2013

Cerita Raya ke 2

Aku rasa cerita pasal raya ke 3 je lah sbb aku raya sampai raya ke 6 nanti macam letih plak nak type.. ha3 
Sebenarnya bukan letih type tapi aku malas nak remind balik ape aku buat 
Eleh.. korang pon bukan nak tau sgt pon sbb al maklumlah aku bukan nya artis kan.. Aku orang biasa biasa saja.. 
Selelas maghrib raya pertama aku n family kecilku bergerak ke Astana Raja, Rembau. Kampung mama ku.. arwah atok n uwan dah lama meninggal tapi setiap kali raya kami akan berkumpul beramai ramai 
Pagi raya ke 2, keluarga besar sederhana  ku yg terdiri daripada 2 menantu, 5 adik beradik ku yang cool, 4 cucu n of course my beloved parent bertolak ke Johor iaitu kampung abah. Abah aku orang jawa. Kira kami adik beradik nih mixed lah. Abah jawa n mama dia bnyk campuran (siam, arab, cina, indon, melayu ) tu sbb gua comel. ( arghh dah mula dah... )

Kami bertolak dengan 3 kereta. 2 Honda 1 Toyota ( huhuhu di anak tirikan ). Pagi pagi dah gerak dari Rembau ke Johor. Selepas 2jam sampai lah kami ke destinasi. Dalam kereta xleh cakap lah dah bape kali mr hubby ku menguap nguap..  Aush asyik nak air je. Kali ni papa dia boleh lupa masa isi minyak tadi tak beli air untuk dia. Selalu papa , klu masuk petronas wajib beli air ribena n air tin nescafe utk aku :)) 

Mula2 raya rumah adik perempuan abah .. Makcik Safrah
Suami dia baru meninggal tahun lepas sebab sakit jantung. Masa mama berborak dengan dia tadi nampak lah dia nanges. Sebenarnya aku tak berani nak tanya sebab tu lah.. Nanges.. aku dah lah senang nanges nanti aku pon nanges. Dekat rumah Makcik nih klu datang confirm ada makanan.. biasalah masakan orang jawa mesti kuah lodeh n soto. 

Gambar raya ke 2. En suami dah pakai baju casual je bukan baju melayu dah. Slim jugak en suami ku nih kan. Suami aku nih di segan sket nak posing2. Dia lagi suka ambik pic macam nih. Berdiri tegak.

Selepas tu kami ke kubur arwah mbah ( panggilan atok n nenek org jawa) Aku ada ambik gambar kat sini tapi en hb suh delete. Dia cakap tak elok. 

Selepas ke kubur, kami beraya di rumah abang abah ( paklong ) dan adik abah ( pakcik mat ) 

Pakcik Mat nih klu datang rumah dia mesti isteri dia Makcik Mis masak lauk jawa. Aku paling suka sambal goreng dan kuah lodeh dia. Selepas itu, kami ke rumah paklong. 

Gambar dekat Johor. Budak tembam baju kotak kotak tu anak buah aku nama dia Hamzah Al Amin. Dia nih anak adik aku.. Hamzah ni baik je.. dia tak banyak kerenah tapi dia tak boleh panas mesti nak berekon je al maklumlah anak orang kayo ( aku yg gelar nih ). Mak dia asyik nak cakap omputih je. Aku risau jugak klu dia speaking ngan pakcik2 aku nih english. tapi naseb baik dia tak over. kah3 jgn marah ye Dr. dikja



Singgah solat jumaat di masjid yong peng. Lukman ikut papa dia solat jumaat tapi Aush xde makna. Asyik main game je. 

Aush nih memang nak nampak style je.. Tapi bentuk badan dia memang sesuai untuk dress up and aku tak kisah nak belikan Aush ni baju putih sebab dia pembersih. Makan ice cream pon kemas je. 

Nampak macam sebaya je kan? 
Lukman dia agak tembam sikit sebab dia jaga makan dia.
Geram tengok lukman nih. Lukman ni dia seorang yang suka menyakat. 

Selepas beraya 5 rumah kami pon bergerak pulang sambung raya di Tampin pulak rumah sepupu mama sebelah atok.Kitaorang panggil dia Bang T. Pakcik nih setiap raya ke 2 dia buat open house. Masa sampai sini nak dekat maghrib. 

Budak 2 orang ni boring sebab sedara mara dah balik ke rumah Astana Raja sebab nak bersiap siap ke rumah pakngah pulak malam nih. 

 Kami di rumah pakngah ! dekat dekat jugak dengan rumah arwah wan n atok. Hari nih 9 Ogos 2013 birthday abah yang ke 60! Dah 60 umur abah. Semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik :)) Aminnn... 
itu la kami adik beradik
dah besar2 semuanya

ok,tamat sudah raya ke 2
Esok raya ke 3! 


No comments:

Post a Comment