Thursday, July 10, 2014

Sabar

Hari ni aku nak cerita pasal sabar. Terus terang aku cakap, aku ni memang seorang yang sabar sebab ramai yang cakap. Apa apa kesusahan aku redha je. Tapi kadang kadang meletup jugak. Tapi meletup tu sia sia je sebab tak boleh nak ubah apa apa. Yang betul betul boleh berubah ialah apabila kita sabar. Doa banyak banyak. Banyak hikmah yang aku dapat utk diri aku bila aku bersabar. Aku ni amalan tak banyak. Aku redha je lah bila di uji dengan kesabaran ni mana tau leh dpt banyak pahala. Tapi aku redha je dengan ujian yang ini asalkan aku tak dapat ujian mengenai anak anak. Tak kuat rasanya berhadapan dengan ujian pasal anak. Ujian ni aku rasa aku boleh. ALLAH ada dengan aku. Allah kekuatan aku. Aku tahu satu hari nanti ada ganjaran untuk aku. Mengenai orang orang yg menguji aku tu, tak pelah.. sekarang ni masa aku.. masa dia akan tiba jugak nanti. Dia akan rasa apa yang aku rasa satu hari nanti.
Ujian menjadikan diri aku lebih kuat. Sekuat kuatnya..
Diam tak bererti kalah. Diam aku sebab aku nak hadiah dari Allah. Takpelah biarlah orang buat aku. Aku ok je. Ada anak anak yang sihat walafiat, bijak, kerja kerajaan (idaman semua org), waktu kerja yg flexible, aku ada adik beradik yg baik2, mama abah yg baik, ada rumah utk berlindung, ada kereta untuk pergi kemana mana, ada duit sendiri utk beli apa aku suka, ada makanan yg sedap sedap, urusan harian yg mudah, badan yg sihat .. masyaAllah .. banyak betul nikmat Allah dah beri so satu je ujian ni tak ada apa sangatlah kan.. its normal lah.. selepas list semua nikmat tu baru aku sedar ujian satu ni small matter. Biarlah .. buat tatau je. Aku doakan org tersebut dikurnikan kesedaran dalam diri. Jangan dah hilang segala galanya baru nak appreciate. Masa tu.. pergi mampus la sama kau. Ada aku kisah pasal hati dan perasaan kau? Aku dah happy wif my life. Aku dah biasa. Aku dah imune. So tak ada hal utk aku benda benda kecik n akan jadi benda remeh utk aku.
So go Suni go!!! :)

Tuesday, July 8, 2014

Macaroni Bakar

Bahan - bahan..
1 paket macaroni
2 tin cambell  mushroom soup
2 paket daging burger ramly
1 tin preego warna hijau
sos cili
mayonis
cheese cheddar


Cara buat
1. Blender daging burger tapi tak perlu terlalu hancur
2. panaskan minyak. Masukkan daging blender. Tambah air. Biarkan sehingga daging masak dan air kering sikit
3. Masukkan i tin preego dan 4 sudu besar sos cili. kacau sehingga pekat dan kering. Ketepi kan.
4. Rebus macaroni dan tos. Gaulkan dengan soup cambell. Gaul rata-rata.
5. Padatkan macaroni yang telah di gaul tadi ke dalam loyang. Padat padatkan.
6. Tuangkan daging burger yang telah di masak tadi di atas macaroni. Sapu kan rata-rata.
7. Letakkan masyonis di atas lapisan daging burger tadi secara garisan garisan banyak
8. Tabur cheddar cheese rata rata pada lapitas atas sekali
9. Masukkan dalam oven sehingga cheese atas ekali tu cair 100%

Siap!!
boleh makan..
kenyal je rasa mmg best..
hehe..