Monday, April 21, 2014

NourAin Skincare

Hari ni aku nak review satu produk ni. Aku rasa memang puas hati lah pakai produk ni setakat nih sebab struktur dia ringan, tak berpeluh, takde penglupasan, muka tak kering, tak pedih, tak da merah merah dan paling penting produk ni berasaskan herba. Kalau bau produk ni pon tak ada yang mencurigakan sebab natural tak perit mcm sesetengah produk. Sebelum ni aku ada cerita kat blog nih yang aku sangat stress pasal jerawat aku. dah macam macam product aku try. daripada untuk luaran sampailah supplement semua tak membantu aku. Aku jadi stress sebab aku kerja dah lah selalu berpeluh peluh. Lama lama aku jadi macam malas nak jaga muka. Then aku adalah stalk FB seorang kawan lama. Aku kagum jugak lah dengan skin dia memang gebu. Dan dia pon menjual jugak produk tu. Tapi aku tak terpengaruh lah sebab sayang duit, fikir membazir dan set mind semua produk sama. Tapi lama kelamaan kulit aku jadi teruk. Mungkin disebabkan faktor umur. Aku jadi seorang yang sangat selekeh.. kalau dekat rumah tu rasa mcm selekeh sangat sangat sebab jerawat ni bertompok kat dua dua pipi, dagu dan dahi aku sangat penuh.. Sampai lah ada satu hari suami aku menegur 
"Ma, kenapa muka awak nih teruk sangat nih?" dengan muka dia yang tak puas hati tu kan

aku..aku terdiam jugak.. arghh...lagilah aku stress sbb suami aku dah tegur. Aku memang tak boleh kalau suami aku tegur. Rasa sangat down. Dah lah suami aku kerja jauh kan sekarang. So selepas je dia pergi outstation, aku terus pm kawan lama aku tu. Aku memang nak beli dari dia. Sebab dah terlalu yakin sangat dengan produk nih aku terus beli set besar. So bermula lah episod aku guna produk nih..
nnti aku cerita lah macam mana cara dia kat next blog ok! eheh..

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete