Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya


Ok.. agak lambat aku nak wish dekat semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Raya tahun ni agak bermakna untuk aku sebab kan... 
1) Ada 3 anak .. yeay..!!! 
2) Untuk pertama kali buah hati ku dengan rela hati membeli baju melayu dia dengan sendiri tanpa dipaksa oleh aku untuk mengikut tema. Aku rasa mcm super happy sbb suami aku nih susah sket lah nak ikut warna kitaorg.. dah 6 tahun kami berkahwin nih lah kali pertama dia ikut warna tema.
Thank you en hubby ku :) 
3) Aku rasa puas hati sgt dapat meringankan beban seseorang. Xleh nk mention sape.. tapi aku mmg rasa happy bila dapat tolong dia. Bukan nk bgtau aku baik.. tapi aku rasa happy bila tgk dia  happy.. ntah mcm mn ntah nk explain 
4) Baju raya aku bnyk tahun nih ! yeay.. sehingga raya ke 5 aku still pakai baju baru okey! ada 2 pasang lg x pakai. Sebenarnya baju2 nih aku beli selepas bersalin.. ingat kan nak buat baju kerja tapi bila dah dpt rasa mcm sayang plak nak pakai.. so raya lah waktu yg sesuai utk pakai.. ! yeah.. 
Tu adalah beberapa sebab yg buat aku rasa bermakna sgt raya aku tahun nih 

Raya pertama aku ialah di kampung suami aku di Kg. Gentam, Kuala Pilah. Sepanjang 6 tahun kami berkahwin.. xpernah buat sistem giliran pon dan aku pon x kisah sebenarnya.. Raya pertama tahun nih.. sehari suntuk aku duduk di rumah wan sebab tolong wan. Mak mertua aku sehingga raya ke 4 berada di wad HTAN sebab menjaga adik iparku yang demam dan tumpah darah selepas bersalin. Untuk pengetahuan korang semua.. Raya tahun nih aku dapat 2 anak buah baru. Sepasang tau!! 
Aku happy sebab dapat pegang baby.. rasa excited n aku rasa sebak sket sbb aku dah tak boleh nak mengandung lg :(( Nanti aku cerita ape sebabnya ok.. 
Kakak ipar aku jugak dapat baby.. 
kaklong dapat baby girl di beri nama Mariam Aishah 
adik Nana dapat baby boy di beri nama Afiq Rayyan 

Di sebelah kiri Afiq Rayyan 
Kanan Mariam Aishah

Ok sambung balik, raya pertama aku hanya duduk di kg dan tolong uwan menyambut tetamu. Walaupun tak dapat berjalan raya tapi aku rasa happy aku boleh bantu wan dan boleh makan makan rendang ngeh ngeh ngeh dan aku juga menyiapkan makanan untuk orang berpantang tau! hehe 
Kaklong cakap sedap aku masak. Aku happy la sebab orang suka ape yang aku buat :) 
Ok, ni gambar raya pertama kami satu family 

Tengok buah hati aku!!! Dia pakai baju hijau.. sama mcm kitaorg jugak ..:) 
Tapi Fareeq .. my new baby n first time sambut raya pakai baju masa kenduri aqiqah. Aku tak beli baju untuk dia sebab tak nak membazir. So, aku putuskan tema kami utk tahun ini ialah Earth!! Yahooo..... 

Waktu pagi, selepas En hubby, Firdaus n Lukman balik dari solat raya .. upacara salam salam. Mintak mintak maaf. Pic xde sbb en suami tak suka ambik gambar waktu mcm tu. Selepas bersalam salam mesti lah dah baik baik kan? So semua happy sampai en hubby senget jap 


Gambar pertama ok, gambar kedua senget sket. Itu tanda pendamaian diterima. ehehe

Peh tu ambik pulak pic anak anak. Pose pose

Ini Lukman first time pakai songkok. Dekat tangan dia memang sentiasa ada makanan 


Ini Firdaus , dia nih memang menghargai duit sebab dia dah tau duit tu boleh beli benda. Dia cakap duit raya dia nak beli cover Ipad. Amboiii.. jangan harap ye Aush, mama nk simpan duit aush tu kat tabung haji senang nnti nak blaja nak guna duit. 


Ini lah Fareeq.. the happy baby. Suka gelak n cheerful macam aku ler..
Haha 
Dia ni tak suka orang pegang dia. Asyik nak bergerak je 
haish.. geram aku. 


Ini adalah aku..
yeah..
Tuan rumah..
Tamat saje cerita pasal raya pertama..
Jap lagi cite pasal raya ke 2 tau! 


Yang pakai jubah tu anak buah aku , Umar Ali nama dia 

No comments:

Post a Comment