Bila tak boleh tido macam macam idea eh..
Friday, May 23, 2014
Thursday, May 22, 2014
Solat
Ada kenal seseorang yang hidup dia ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sekarang ni..
Bila time dia senang dia tak solat
Bila susah pon dia tak solat
Takkan lelaki period?
Mustahil..
Aku cuba nak cakap dengan dia "cuba ko solat aku dah lama tak tgk ko solat mungkin musibah yg menimpa ko skrg sebagai peringatan dari Allah"
tapi tak terluah dan tak terucap sbb aku tak sanggup nk face dengan kata manusia ni..
aku tak nak dia cakap aku ni ustazah jadian..
aku tak nak dia cakap aku ni mcm perfect sgt.. mcm bagus sangat..
Tapi agak agak siapa je yg boleh tegur dia kalau dia menunggu orang yg perfect utk tegur dia tapi hakikatnya mana ada manusia yg perfect!
Yang sempurna hanyalah Pencipta kita..
Adakah dia nak Allah tegur dia? Jangan main main dengan teguran Allah sebab tu Allah gerakkan hati manusia lain utk tegur menegur tapi org ini egonya terlalu tinggi. Sangat sombong dengan Allah sehingga tak nak solat.
Sangat susah bila nak tegur orang supaya solat. Mungkin bila setiap kali dia tinggal solat dia terbakar baru dia nak solat agaknya..
Dia memang betul betul nak mencabar Allah tunjukkan kekuasaanNya agaknya.. nauzubillah.. jika aku di beri pilihan biarlah aku di tegur oleh manusia..
Aku asyik berfikir sampai bila dia nak life dia mcm ni..
Tapi aku ni teruklah asyik fikir salah org kan..
Ntahlah aku pon keliru..
Aku hanya mampu berdoa semoga dia menemui hidayah.. Amin..
Wednesday, May 21, 2014
Carbonara Sosej / Meatball Bakar
1 Tin Sos Prego Carbonara Mushroom
Separuh biji Bawang Besar - Dipotong dadu (aku suka guna bawang benggali)
separuh tin cendawan butang di hiris atau potong kecik2
Cheese (Parmesan yang dah siap parut / Mozarela cheese / atau cheese sekeping tu pon boleh)
2-3 bijik bawang putih dihiris2
Bebola daging (frozen) yang dah direbus atau direndam air panas.
Cara masak:
Tumis bawang putih dan bawang besar
Letakkan cendawan butang
Masukkan sos Prego, kacau-kacau sampai mendidih,
Boleh tambah daun parsley bagi naik bau.
Skang nak bakar, aturkan meatball dlm bekas, tuang kuah yg dah dimasak tadi atas meatball dan parut / letak cheese di atas nya. Lagi banyak cheese, lagi nampak cantik bile bakar, nampak cheese tu garing.
Bakar 5 minit, siap!
sedap tau.. puas hati makan sebab masak sendiri nyum nyum |
Tuesday, May 20, 2014
Hikmah yang tersembunyi
Bila aku sakit tu kan..aku mula muhasabah diri aku. Allah memang sayang aku. Dia uji aku sikit je dengan kesakitan. Dia nak aku ingat Dia. sebelum tu aku memang banyak leka..aku seorang yang putus asa dalam sampaikan dakwah. Aku tak nasihat orang untuk jadi abik. Aku pentingkan diri sendiri. Ada ilmu aku tak share dengan orang lain. Aku memang berdosa sangat rasanya. Selalu aku memang suka share share pasal agama dekat FB sebab aku rasa aku pon boleh belajar sekali tetapi di sebabkan mulut seseorang yang memerli aku menggelarkan aku dengan panggilan ustazah slps aku nasihatkan dia..aku terus jadi putus asa. Aku dah tak ada nasihat orang. Aku betul betul sedih bila orang tu cakap aku tak layak nak nasihat orang sebab aku pon teruk..aku pun tak perfect..jadi aku langsung dah berhenti berdakwah. Aku pentingkan diri sendiri..aku leka ..aku lalai sehinggalah aku jatuh sakit. Allah mmg sayangkan aku. Allah marah aku bila aku give up. Ya Allah..memang teruk nya aku. Bila aku sihat aku lupa semuanya. Banyak dah amalan amalan aku tinggalkan. jika dulu aku selalu dengar zikir tapi selepas peristiwa tu..jiwa aku jadi keras..aku asyik dengan lagu lagu keduniaan yang melekakan.. aku memang teruk. ibu apakah aku nih..
Ya Allah..sesungguhnya aku memang tak sanggup nak rasa sakit lebih teruk dari tu... jauhkanlah dari segala penyakit..bukan aku tak redha tapi cukup lah Ya Allah..aku kesiankan anak anak aku. keluarga aku..mama abah..semua tak terurus di sebabkan aku.
Ya Allah lindungilah aku..jauhkan lah aku dari leka dan lalai dengan keduniaan nih. Semoga Allah terus melindungi diriku dan seluruh ahli keluargaku . Amin..
Thursday, May 8, 2014
Suamiku , my lover
Chicken caserolle
Wednesday, May 7, 2014
Kadang kadang aku pon tak faham
Kadang kadang bukan tak nak tolong orang tapi diri sendiri pon tak tertolong..
Kadang kadang nak jaga hati orang lain kita perlu sakitkan hati orang yang sayang kita..
Kadang kadang berterus terang boleh menyebabkan kita hilang seorang kawan tapi bukan sahabat sejati..
Sahabat betul betul sejati dia faham susah dan senang kita walaupun kita tak berterus terang..