Minggu lepas aku telah mengalami sakit, demam selama seminggu. Hari hari pergi ambik darah..hari ke 5 sakit baru lah doktor sahkan aku menghidapi viral infection. Memang terseksa rasanya. Aku tak ada selera makan. Aku tak pernah demam tak ada selera makan tapi kali ni memang betul betul aku sakit. Badan aku lemah selemahnya. Aku jenis tak suka tido siang tapi kali nih memang aku tido je. Selama seminggu aku demam hanya 2 hari je aku dapat rehat betul betul masa suami aku balik sekejap. Faham faham je lah anak anak aku punyalah lasak terutama si Fareeq. dia punya lasak buat tahap kesabaran aku menurun. Aku rasa bila aku sakit nih aku banyak menyusahkan orang. Aku jadi lemah. Nak mati pon ada rasanya. Kepala aku dah fikir macam macam.
Bila aku sakit tu kan..aku mula muhasabah diri aku. Allah memang sayang aku. Dia uji aku sikit je dengan kesakitan. Dia nak aku ingat Dia. sebelum tu aku memang banyak leka..aku seorang yang putus asa dalam sampaikan dakwah. Aku tak nasihat orang untuk jadi abik. Aku pentingkan diri sendiri. Ada ilmu aku tak share dengan orang lain. Aku memang berdosa sangat rasanya. Selalu aku memang suka share share pasal agama dekat FB sebab aku rasa aku pon boleh belajar sekali tetapi di sebabkan mulut seseorang yang memerli aku menggelarkan aku dengan panggilan ustazah slps aku nasihatkan dia..aku terus jadi putus asa. Aku dah tak ada nasihat orang. Aku betul betul sedih bila orang tu cakap aku tak layak nak nasihat orang sebab aku pon teruk..aku pun tak perfect..jadi aku langsung dah berhenti berdakwah. Aku pentingkan diri sendiri..aku leka ..aku lalai sehinggalah aku jatuh sakit. Allah mmg sayangkan aku. Allah marah aku bila aku give up. Ya Allah..memang teruk nya aku. Bila aku sihat aku lupa semuanya. Banyak dah amalan amalan aku tinggalkan. jika dulu aku selalu dengar zikir tapi selepas peristiwa tu..jiwa aku jadi keras..aku asyik dengan lagu lagu keduniaan yang melekakan.. aku memang teruk. ibu apakah aku nih..
Ya Allah..sesungguhnya aku memang tak sanggup nak rasa sakit lebih teruk dari tu... jauhkanlah dari segala penyakit..bukan aku tak redha tapi cukup lah Ya Allah..aku kesiankan anak anak aku. keluarga aku..mama abah..semua tak terurus di sebabkan aku.
Ya Allah lindungilah aku..jauhkan lah aku dari leka dan lalai dengan keduniaan nih. Semoga Allah terus melindungi diriku dan seluruh ahli keluargaku . Amin..
No comments:
Post a Comment