Tuesday, February 4, 2014

Mengantuk

Ok..dengar tajuk pon dah ngantuk kan. Itulah sejak dua menjak ni aku asyik mengantuk je. Sejak Aush sekolah kan memang rutin aku bz sgt. Aku memang tak de masa free. Kawan aku suruh ambik kain dekat rumah dia untuk jual buat baju raya pon tak sempat. Rutin aku mmg bz. Seawal jam 5 pavi aki dah bangun siapkan  breakfast Aush. Lepastu kejutkan dia dan mandi kan. Paling lewat 6.50 pagi aku kena gerak hantar dia sekolah. Selepas hantar dia ..aku lepak lepak kejap depan sekolah dia. Aku saja nak dengar ape cikgu dia pesan masa perhimpunan sebab Aush ni kalau aku tanya dia maklumat tak berapa nak tepat. Lepas aku dengar ..dan murid murid masuk kelas..baru lah aku gerak gi kerja. Kul 8.30 aku masuk office so aku kena balik 5.30 ptg la. Rutin harian aku masa balik pulak.. tido Fareeq dulu..then ajar Aush buat homework dan bg diaorg mkn malam. Kul 9 malam aku kena tido kan Aush sbb aku tak nak dia rasa letih esok tu. Selepas Aush tido.. baru la aku layan Lukman..lukman tido lambat sikit xpe sbb dia sekolah masuk kul 8.30 pagi. Selepas diaorang semua tido..baru la masa untuk aku. Kemas rumah, basuh pinggan, susun buku Aush ikut jadual, mop lantai.. huhu.. then baru la aku tido. Itulah serba sedikit pasal rutin aku. Eheh.. 


Sent from Samsung Mobile

No comments:

Post a Comment