Friday, December 20, 2013

Jom cerita pasal anak

Since ada anak aku memang suka ambik gambar anak. Punyalah taksub dengan anak..selepas aku bersalin kan Firdaus anak pertama aku..boleh dikatakan hari hari aku ambik pic Firdaus. Tapi masa tu dia statik je.. tido je.. hehe.
Sampai lah sekarang aku suka ambik pic anak anak aku. Ape ape diaorg buat aku suka ambik. Bagi aku budak2 nih fun!! yeah..diaorg mmg having fun. enjoy je buat ape2.. walaupun aku selalu letih layan diaorg yang super lasak..almaklumlah aku ada 3 hero. Cube korang bayangkan. anak aku 3 hero dan semua nya aktif aktif belaka (alhamdulillah). Kalau aku dah penat tahap maksimum dan cara nak hilangkan stress tu aku mmg bebel je.. (aku akan cuba berubah huhu) tapi bila malam malam diaorg tido.. aku kesian je tgk diaorg.
Kalau tengok fb aku..aku memang suka cerita pasal anak anak aku. Sebab bagi aku macam fun. Aku suka share ngan kawan kawan aku cerita pasal anak. ye lah.. nak cerita pasal suami..suami aku tak suka. Ada kisah sebenarnya kenapa suami aku tak suka aku cerita pasal dia dekat FB. Suami aku kata tak de privacy untuk aku dan dia . Suami aku faham..aku kadang2 terlalu happy n excited bila dapat sesuatu dari dia, bila suami aku bersifat romantik tapi dia cakap x perlu lah nak cerita sebab dia tak suka. so sejak dari tu aku xde lah cerita sangat pasal suami aku dekat fb. Aku hanya cerita pasal anak anak aku..life aku je lah kan. tak pe its ok kan. he3
ok balik pada anak anak aku..
Firdaus anak yg no 1.. manja
Lukman anak yg no 2..rajin
Fareeq anak bongsu .. tak nmpk lagi

Hobi aku memang dengan anak aku. Bawak diaorg jalan2..makan2..main2..
orang kata sebab kan hobi ramai sanggup berhabis duit kan? so mcm tu lah aku.. aku akan cuba sedaya upaya untuk buat diaorg happy. Ada jugak org cakap jangan mewahkan anak. Bagi aku.. aku tader mewahkan anak.. tapi buat mana yang aku mampu untuk diaorg. Anak anak aku macam anak orang lain jugak tapi disebabkan hobi aku anak anak aku..so ada lah kelebihan di situ. maybe mainan banyak sket ke.. lagi satu kan.. aku pon suka main permainan diaorg.. macam hotwheel, ben10, spiderman, transformer..so aku enjoy je beli untuk diaorg benda2 tu semua asalkan aku tak joli sakan kan. Macam orang lain..dia suka spend duit gaji dia untuk handbag, baju mahal tapi anak dapat yg hadooo je. Aku rasa memang tak adil. Aku kadang kesian tengok budak yg mak dia bergaya,stylo tapi anak main pasir, tanah je depan rumah. Sangat sedih. Aku harap aku bukan ibu mcm tu.

lukman memang suka sangat dukung fareeq

fareeq memang suka senyum lebar je muka dia

fareeq

same ke rupa dia?

geram sangat ngan fareeq

firdaus sejak dah besar susah nak bergambar

No comments:

Post a Comment