Thursday, November 28, 2013

Jerawat

Aku rasa dah banyak kali aku post pasal jerawat. Lately aku baru perasan aku banyak berpeluh bahagian muka. Lepas tu tangan aku yang gatal nih suka nak lap lap, garu garu.. arghhhh!!! Aku rimas la pasal jerawat nih. Aku suka kulit aku yang dulu.. sekarang ni aku on treatment aku harap kulit aku licin seperti dulu.

Saje upload gambar aku kulit licin untuk pemberi semangat

Sunday, November 10, 2013

Carbonara

Mula mula tumiskan bawang putih, masukkan lada putih..tumis sampai ada bau best dan kaler kuning kuning sket. Pastu, masukkan dada ayam yg potong2 cube.. goreng sampai masak.. pastu masukkan cendawan butang yg hiris hiris tu.. lepastu masukan sosej yg di hiris jugak.. lepastu masak kejap. Sediakan setin preego tin biru dan setin mushroom sup cambell.. masukkan dua dua tin tu.. kacau rata rata. Masukkan secawan air..kacau lg sampai mendidih. Masukkan setin susu kacau sampai didih jugak. Masukkan 2 keping cheese. Kacau lagi..last sekali masukkan bancuhan tepung gandum sket utk bg sos pekat. Ok..dah siap!!!

Friday, November 8, 2013

Dah besar dah anak aku

Tadi aku terbaca status kawan aku kat fb pasal ujian diagnostik darjah 1. Tiba tiba aku teringat! Aush nak darjah 1 tahun depan..!!!! Tak sangka betul. Aku rasa macam Aush nih kecik je lagi.
Macam mana ek kalau Aush sekolah?
Anak aku yang sulung nih tersangat lah manja. Kuat mengadu. Kalau Lukman pukul dia ke..kejap kejap datang dekat aku. "Mama... lukman pukul Aush"
"Mama.. lukman pukul Aush"
Setiap hari mesti ada dialog tu. Kalau takde dialog pon mesti tiba tiba aku dengar Aush nanges.
Dah mula dah.. gaduh!
Aush memang selalu kena buli.
Kadang kadang pening jugak.

Itulah..macam mana eh Aush sekolah nanti? Aku harap dia boleh lah bawak diri. Lepastu.. berapa hari nak teman kan dia dekat sekolah eh? Aktiviti petang dia nak buat ape eh? Ya Allah. . Tu semua belum aku survey. Tapi plan tu ada.
Aku harap dipermudahkan semua urusan aku tahun depan.

Doa Untuk Suami ku yang tersayang Encik Epul :)

Aku memang suka berdoa untuk suami aku. Setiap kali suami aku bercerita pasal impian impian dia ..lepastu mesti aku tadah tangan..aku aminkan depan dia. Nanti dia mesti senyum. :)
Aku mesti kena bagi semangat dekat suami aku supaya dia lebih bersemangat dan kuat.
Tapi kadang kadang ada jugak benda yang aku rasa dia tak patut buat dan aku akan cakap depan depan..
Kadang kadang depan aku memang dia tak boleh terima.. biasalah kan lelaki ego tinggi tapi aku tahu .. nanti dia duduk sorang sorang akan berfikir jugak tu apa yang aku cakap.

oK.. Kat sini aku ada copy satu doa yang aku rasa cukup lengkap and very touching..


DOA ISTERI SOLEHAH

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin……


love u papa .. mmuaaahh..!

Thursday, November 7, 2013

Doa

Firman Allah SWT.yang bermaksud :"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Aku suka berdoa sebab aku tau Allah tu maha mengasihani.
Aku tengah cuba untuk berubah jadi lebih baik dan aku berharap sangat iman aku kuat sekuat kuatnya. AMINN

Bz tahap maksimum

Hello semua.. sebenarnya kan.. aku banyak sangat cerita yg best nak type. tapi tahap kemalasan nak type tu tahap dewa. Sekarang ni aku tengah bz nak memghabiskan modul, tanda kertas student, update kerja kerja aku. Ya Allah.. kdg2 rasa.. kerja kerja ni mcm mengarut tapi bila aku fikir inilah kerja aku. Aku kena buat. Ni amanah. Buat semua kerja niat kerana Allah ta'ala insyaAllah berkat. Aminn..
Kadang kadang bila penat sangat sampai rumah aku rasa macam nak jadi fully housewife.. tapi aku rasa ekonomi suami aku belum bersedia lagi untuk aku mencapai cita citaku. Sekarang semua benda perlukan duit dan mahal. Aku tak boleh nak hidup macam sesetengah org sekadar cukup cukup makan. Bukan tak bersyukur tapi aku nak beri keselesaan untuk anak anak aku. Aku nak anak anak aku boleh rasa benda benda yang ada pada zaman dia sekarang. Tapi aku sentiasa mendoakan suami aku di murahkan rezeki supaya duit kami tak akan putus. Aku pernah rasa susah dan pening bila tak ada duit dulu so aku tak nak berulang. Aku rasa bersyukur sangat dengan Allah kerana beri aku kerja sekarang.
Lagi satu aku kenal dengan diri aku. Aku bukan lah seorang yang suka nak meminta minta untuk barang yang aku nak. Aku suka beli dengan duit sendiri. Bagi aku.. suami aku dah menanggung keperluan untuk anak anak pon dah bersyukur banyak2. Aku memang seorang yang suka shopping. Aku suka barang kecantikkan (walaupun muka aku.biasa biasa je ). Tapi sejak kerja dekat IKBN ni aku slow sket lah aktiviti make up ni sebab rasa tak sesuai. Nanti cantik sangat susah aku. Haha.. perasan lagi.
Lagi satu aku suka beli supplement.  Setakat nih aku ambik produk shaklee dan aku rasa ok. Aku ambik vitamin C , Alfafa dan Kalsium.  Aku rasa ok dan kurang letih. Then sebelum tido setiap hari aku akan make sure aku minum jus apple hijau. Sejak amalkan apple hijau nih aku rasa badan aku kurang bengkak dan ringan n usus rasa lapang. Best lah..
Sekarang berat badan aku makin bertambah dan aku dah jadi kategori gemoksss.. aku rasa nak ambik fat burner balik. Huhuhu..
Aku pernah ambik herbalife tapi aku rasa x sesuai dengan aku sebab kena tahan makan. Grrr.. aku dah lah food lover. Takkan aku nak tinggalkan kekasih kekasih ku ? Hihihihi
Ok lah sampai sini je lah bebel sbb aku malas nak type dah.
Bye!

Comel tak kak ton??
Sejak pakai hp samsung ni front kamera tak leh selfie sangat. So mata tu mmg pandang bawah sebab kekunun nak ambik pic perfect ler tu