Tadi aku terbaca status kawan aku kat fb pasal ujian diagnostik darjah 1. Tiba tiba aku teringat! Aush nak darjah 1 tahun depan..!!!! Tak sangka betul. Aku rasa macam Aush nih kecik je lagi.
Macam mana ek kalau Aush sekolah?
Anak aku yang sulung nih tersangat lah manja. Kuat mengadu. Kalau Lukman pukul dia ke..kejap kejap datang dekat aku. "Mama... lukman pukul Aush"
"Mama.. lukman pukul Aush"
Setiap hari mesti ada dialog tu. Kalau takde dialog pon mesti tiba tiba aku dengar Aush nanges.
Dah mula dah.. gaduh!
Aush memang selalu kena buli.
Kadang kadang pening jugak.
Itulah..macam mana eh Aush sekolah nanti? Aku harap dia boleh lah bawak diri. Lepastu.. berapa hari nak teman kan dia dekat sekolah eh? Aktiviti petang dia nak buat ape eh? Ya Allah. . Tu semua belum aku survey. Tapi plan tu ada.
Aku harap dipermudahkan semua urusan aku tahun depan.
No comments:
Post a Comment