Hello semua.. sebenarnya kan.. aku banyak sangat cerita yg best nak type. tapi tahap kemalasan nak type tu tahap dewa. Sekarang ni aku tengah bz nak memghabiskan modul, tanda kertas student, update kerja kerja aku. Ya Allah.. kdg2 rasa.. kerja kerja ni mcm mengarut tapi bila aku fikir inilah kerja aku. Aku kena buat. Ni amanah. Buat semua kerja niat kerana Allah ta'ala insyaAllah berkat. Aminn..
Kadang kadang bila penat sangat sampai rumah aku rasa macam nak jadi fully housewife.. tapi aku rasa ekonomi suami aku belum bersedia lagi untuk aku mencapai cita citaku. Sekarang semua benda perlukan duit dan mahal. Aku tak boleh nak hidup macam sesetengah org sekadar cukup cukup makan. Bukan tak bersyukur tapi aku nak beri keselesaan untuk anak anak aku. Aku nak anak anak aku boleh rasa benda benda yang ada pada zaman dia sekarang. Tapi aku sentiasa mendoakan suami aku di murahkan rezeki supaya duit kami tak akan putus. Aku pernah rasa susah dan pening bila tak ada duit dulu so aku tak nak berulang. Aku rasa bersyukur sangat dengan Allah kerana beri aku kerja sekarang.
Lagi satu aku kenal dengan diri aku. Aku bukan lah seorang yang suka nak meminta minta untuk barang yang aku nak. Aku suka beli dengan duit sendiri. Bagi aku.. suami aku dah menanggung keperluan untuk anak anak pon dah bersyukur banyak2. Aku memang seorang yang suka shopping. Aku suka barang kecantikkan (walaupun muka aku.biasa biasa je ). Tapi sejak kerja dekat IKBN ni aku slow sket lah aktiviti make up ni sebab rasa tak sesuai. Nanti cantik sangat susah aku. Haha.. perasan lagi.
Lagi satu aku suka beli supplement. Setakat nih aku ambik produk shaklee dan aku rasa ok. Aku ambik vitamin C , Alfafa dan Kalsium. Aku rasa ok dan kurang letih. Then sebelum tido setiap hari aku akan make sure aku minum jus apple hijau. Sejak amalkan apple hijau nih aku rasa badan aku kurang bengkak dan ringan n usus rasa lapang. Best lah..
Sekarang berat badan aku makin bertambah dan aku dah jadi kategori gemoksss.. aku rasa nak ambik fat burner balik. Huhuhu..
Aku pernah ambik herbalife tapi aku rasa x sesuai dengan aku sebab kena tahan makan. Grrr.. aku dah lah food lover. Takkan aku nak tinggalkan kekasih kekasih ku ? Hihihihi
Ok lah sampai sini je lah bebel sbb aku malas nak type dah.
Bye!
Comel tak kak ton??
Sejak pakai hp samsung ni front kamera tak leh selfie sangat. So mata tu mmg pandang bawah sebab kekunun nak ambik pic perfect ler tu
No comments:
Post a Comment