Assalamualaikum...
Sekarang ni produk yg makin dikenali ramai iaitu Nour Ain Skincare telah mendapat tempat dihati ramai penduduk Malaysia, ramai pengguna yang berpuas hati dengan produk tempatan ni...
Kepada sesiapa yang ingin mencuba produk Nour Ain Skincare, mesti rasa sangat2 berpuas hati selepas sebulan menggunakannya. InsyaAllah, dalam ramai-ramai pengguna skincare Nour Ain ni, jarang sekali mendapat komen yang negatif, dan Admin tengok rata-rata pengguna Nour Ain Skincare mendapat kesan setelah 5 hari penggunaan dan kebanyakannya kulit bertambah cerah!!!
Terus terang saya katakan yang saya telah menggunakan berbagai – bagai jenis produk tempatan dan antarabangsa, mahal dan murah tetapi rata-rata kurang berkesan. Kalau ada yang berkesan pon Saya dapat tau produk tersebut ada bahan terlarang iaitu kandungan merkuri yang tinggi. Kawan-kawan tahu kan apa effect jika kita pakai produk yang tinggi kandungan merkuri? Banyak kesan yang tidak baik antaranya kanser kulit. Nauzubillah..
Ok, sambung cerita pasal saya ye.. selepas menggunakan berbagai-bagai produk tersebut, kulit muka saya makin lama makin teruk sehinggakan kalau nak ambik gambar saya terpaksa edit sebaik baik mungkin. Saya jadi sangat stress sehingga di tegur oleh suami saya.. saya mula lah tercari cari produk yang bagus. Sehingga satu hari kawan saya di FB ada upload satu gambar dia. Saya tengok memang dia sangat cantik dan gebu. Pada fikiran saya mungkin dia pakai produk yang mahal disebabkan suami dia banyak duit..
Jadi saya memberanikan pm dia untuk tanya apakah produk yang dia pakai? So dia dengan excited nya menceritakan kepada saya mengenai produk ini .. akhirnya saya mengenepikan soal membazir, saya tepikan perasaan putus asa, saya tepikan perasaan malas jaga muka, saya tepikan perasaan suami boleh terima saya walaupun wajah penuh jerawat..saya tepikan semuanya saya beli saja dengan lelap mata produk Nour Ain Skincare.
Saya sangat bersyukur kerana berjumpa kawan saya nih. Produk ni memang sangat puas hati untuk saya sebab selepas 3 hari guna saya dah perasan jerawat saya makin kecut dan kulit muka kurang dah merah merah. Lagi satu yang saya paling suka kulit muka saya tidak kusam. Kalau bangun tido tu saya rasa kulit saya mcm fresh..tone warna sama.. saya memang suka sangat!!
Jom lah kawan kawan semua cuba produk nih sebab saya rasa semua perempuan boleh cantik dengan melaburkan sikit duit dan menggunakan produk yang betul. Saya sudah cuba dan saya memang sangat berpuas hati sehingga saya melabur sedikit duit untuk menjadi pengedar. Untuk pengetahuan semua, saya nih jenis sayang duit dan tak berani untuk berniaga kerana saya takut rugi tapi dengan produk ini selepas tengok hasil dia saya jadi sangat berani di tambah pula dengan pujian dari suami saya yang menjadi penambah semangat saya untuk berniaga walaupun secara suka suka sahaja.. Dengan melihat hasil yang baik dan melihat kawan kawan saya cantik adalah satu kepuasan untuk diri saya sebenarnya. So boleh lah siapa yang berminat nak cuba untuk contact saya..
Wednesday, April 23, 2014
Monday, April 21, 2014
NourAin Skincare
Hari ni aku nak review satu produk ni. Aku rasa memang puas hati lah pakai produk ni setakat nih sebab struktur dia ringan, tak berpeluh, takde penglupasan, muka tak kering, tak pedih, tak da merah merah dan paling penting produk ni berasaskan herba. Kalau bau produk ni pon tak ada yang mencurigakan sebab natural tak perit mcm sesetengah produk. Sebelum ni aku ada cerita kat blog nih yang aku sangat stress pasal jerawat aku. dah macam macam product aku try. daripada untuk luaran sampailah supplement semua tak membantu aku. Aku jadi stress sebab aku kerja dah lah selalu berpeluh peluh. Lama lama aku jadi macam malas nak jaga muka. Then aku adalah stalk FB seorang kawan lama. Aku kagum jugak lah dengan skin dia memang gebu. Dan dia pon menjual jugak produk tu. Tapi aku tak terpengaruh lah sebab sayang duit, fikir membazir dan set mind semua produk sama. Tapi lama kelamaan kulit aku jadi teruk. Mungkin disebabkan faktor umur. Aku jadi seorang yang sangat selekeh.. kalau dekat rumah tu rasa mcm selekeh sangat sangat sebab jerawat ni bertompok kat dua dua pipi, dagu dan dahi aku sangat penuh.. Sampai lah ada satu hari suami aku menegur
"Ma, kenapa muka awak nih teruk sangat nih?" dengan muka dia yang tak puas hati tu kan
aku..aku terdiam jugak.. arghh...lagilah aku stress sbb suami aku dah tegur. Aku memang tak boleh kalau suami aku tegur. Rasa sangat down. Dah lah suami aku kerja jauh kan sekarang. So selepas je dia pergi outstation, aku terus pm kawan lama aku tu. Aku memang nak beli dari dia. Sebab dah terlalu yakin sangat dengan produk nih aku terus beli set besar. So bermula lah episod aku guna produk nih..
nnti aku cerita lah macam mana cara dia kat next blog ok! eheh..
Friday, March 28, 2014
Cuti Sekolah
Cuti sekolah hampir habis.. cuti kali nih aku berjaya bawak Firdaus dan Lukman ke KLCC. Apa yang menakjubkan ialah aku berjaya handle 2 hero aku nih sorang sorang. Sebenarnya aku dah banyak kali bawak hero hero aku jalan jalan tapi aku handle sorang2 tapi kali nih sebab jauh sikit kan. Tapi alhamdulillah diaorang ni semua dengar cakap. En Epul ku dia tak dapat nak join cuti sekolah nih berjalan jalan sebab dia bekerja jauh demi untuk keluarga. Kesian dia. Aku tau sebenarnya dia pon tak sanggup nak berjauhan dengan family tapi demi nak cari rezeki dia kuatkan hati dia. Walaupun dia nampak macam kuat tapi aku tau sangat di sudut hati dia tu kan tapi aku cuba lah yakin kan dia aku boleh handle semua benda nih.. Aku tau sangat dia memang nak family dia selesa. Tiba tiba menitik pulak air mata cerita pasal dia.
ok..dah dah..stop. hihi
So ari tu pergi lah berjalan dekat Petrosains. Aku saja bawak budak budak ni pergi situ sebab dekat situ ada banyak game yang boleh belajar sekali. Aku tengok Firdaus memang betul betul berminat dengan technical nih.. memang dia cuba lah semua benda kat situ. Ada satu masa tu aku tengok dia tengah buat model kereta untuk test kelajuan tu. Dia main dengan budak cina. Dia ubah ubah lah design kereta tu untuk bagi kereta tu laju. Yang Lukman tak payah cakap lah budak baru nak masuk 4 tahun and what do you expect? dia main je lah ikut cara dia. Aku lah yang letihnya kejar dia sana sini.. sehari suntuk jugak lah duduk kat dalam tu. So nak dekat pukul 4 baru keluar baru lah nak cari tempat makan. Aku macam teringin nak makan kat chilis lepastu aku tengok anak anak aku macam susah je nak makan tempat macam tu sebab diaorang ni lasak kan..so aku decide makan dekat Pizza Hut je lah. Naseb baik Manager pizza situ dia mesra alam. Dia layanlah anak anak aku. haha.. klaka jugak..
Lepas makan round round lah kejap. Aku masuk parkson tengok ada baju Batman dan Superman RM39 sehelai. Aku rasa ok lah price tu. Aku terus je grab mengenangkan baju baju untuk berjalan budak budak nih dah lusuh. Sebab diaorang selalu berjalan dah lusuh dah baju. Aku dah lama tak beli baju baru diaorang since raya tahun lepas. So aku fikir balik ambik jelah. Dapatlah beli baju untuk diaorag seorang 2 helai. Baju tido seorang sepasang. Ok lah tu untuk cover sampai raya. hahaha.. boleh kan mcm tu.. punyalah nak jimat cermat. Then Aush dan Lukman paw aku mainan lagi..huhuhu
Then berjalan lah lagi aku masuk Sephora.... adei aku nih memang pantang nampak make up korang nak tau. Terbeli jugak aku bedak,lipstick dan cc cream. Naj cantik punya pasal. Cantik ke???
Lepastu..dah penat jalan kitaorang pon balik. Nak balik seremban tu kan punya lah seksa jem gila gila punya!!!
aku dah stress dah nih..
Sampai je rumah mandi kan diaorang kejap tak sempat makan terus tido...
ok lah aku puas hati dapat buat diaorang semua happy...
Walaupun kami tak bercuti jauh jauh tapi anak anak aku enjoy je .. takpe satu hari nanti bila kamu semua dah besar kita pergi travel jauh jauh kan..
InsyaAllah..
![]() |
| Sebelum masuk Petrosains |
![]() |
| Aku biasalah selfie sokmo. Pantang ada cermin tinggi ahaks.. ko tengokAush kat belakang tu berlari lari. Sabar je lah!! |
![]() |
| me and dinosaur |
![]() |
Masa ni tengok 3D movie. Aush menjerit jerit..![]() |
![]() |
| Ni macam dekat Offshore. Kunun kunun macam engineer lah nie.. Lukman tu memang berani betul lah.. |
![]() |
| Dekat sini banyak gila games |


Saturday, March 1, 2014
Tak sabar
Aku kan sbnya x sabar nk tggu anak aku boleh terima arahan / dah besar sikit sbb kan aku bnyk sgt tempat nak jalan..
Aku sabar je tgk org jalan sana jalan sini .. aku bukan tak boleh nak berjalan skrg.. boleh je tapi aku rasa aku akan letih. Letih sebab anak anak aku lasak tersangat sangat. Kejar sana kejar sini. Lepastu klu time tu aku bawak mama abah mesti diaorg pon penat sekali nanti jaga anak2 aku..so lebih baik aku duduk rumah dan bawak diaorg pergi playground / children centre je. Dekat sana lagi diaorg bebas. Sabar sabar eh semua.. bukan life aku ni membosan kaj tapi aku rasa lg bosan klu jalan jalan stress. Klu tujuan berjalan ni setakat nak ambik gambar berlakon perfect 3 saat tu baik x payah lah kan..then upload kt fb..insta..utk tunjuk dekat semua org. Tu bagi aku happy kejap je. Kalau berjalan aku nak semua org enjoy.. so aku rasa budak2 ni besar baru lah aku leh berjalan2.. tggu!!!
Sent from Samsung Mobile
Wednesday, February 5, 2014
Hobi yang menggila
Aku ada satu tabiat iaitu suka beli tudung. Bulan Januari ialah bulan yang paling boros untuk aku. Sempena bonus ku..aki dah spend untuk 6 helai tudung pearl haya. Tapi untuk tahun ni aku beli yang soft awning. Makna nya klu aku basuh tudung..awning dia tak kan berubah bentuk. Yeay!!!!
Selepas ni aku plan nak hantar semua tudung lama aku untuk di tukar awning nya..
Bagi aku senang pakai soft awning ni walaupun muka aku nampak bulat sket tp aku suka la..
Best best best..
Akan tambah lagi collection ikut budget ku yang sesuai..
Ni semua tudung yang aku beli bulan nih
Pas ni stop 2 bulan .. uhuks
Sent from Samsung Mobile
Happy Belated Birthday Hubby
Encek suami ku macam biasalah perasaan malu dia tu tetap ada..
Lauk ni semua dia pilih ok..!
Selfie sket bersama Fareeq!!!
Actually birthday encek epul 3 feb tapi baru malam tadi kitaorang dapat celebrate..aku suruh dia pilih tempat makan dan macam biasalah dia akan pilih tempat favorite dia. Aku ok je.. No objection sebab birthday dia kan. So kami celebrate theme Gong Xi Fa Cai haha..
Takde la ..di sebabkan itu tempat makan chinnesse food. Encek Epul punya favorite wajib order..shark fin soup. Tapi malam tadi dia buat masin pulak. Tapi layan je la..aku kan memanh seorang yang ok je..flexible je..tak fussy..
Ape ape pon happy birthday encek suamiku tercinta. Semoga kehidupan kami di berkati Allah dan berbahagia selalu. Aminn...
Sent from Samsung Mobile
Tuesday, February 4, 2014
Mengantuk
Ok..dengar tajuk pon dah ngantuk kan. Itulah sejak dua menjak ni aku asyik mengantuk je. Sejak Aush sekolah kan memang rutin aku bz sgt. Aku memang tak de masa free. Kawan aku suruh ambik kain dekat rumah dia untuk jual buat baju raya pon tak sempat. Rutin aku mmg bz. Seawal jam 5 pavi aki dah bangun siapkan breakfast Aush. Lepastu kejutkan dia dan mandi kan. Paling lewat 6.50 pagi aku kena gerak hantar dia sekolah. Selepas hantar dia ..aku lepak lepak kejap depan sekolah dia. Aku saja nak dengar ape cikgu dia pesan masa perhimpunan sebab Aush ni kalau aku tanya dia maklumat tak berapa nak tepat. Lepas aku dengar ..dan murid murid masuk kelas..baru lah aku gerak gi kerja. Kul 8.30 aku masuk office so aku kena balik 5.30 ptg la. Rutin harian aku masa balik pulak.. tido Fareeq dulu..then ajar Aush buat homework dan bg diaorg mkn malam. Kul 9 malam aku kena tido kan Aush sbb aku tak nak dia rasa letih esok tu. Selepas Aush tido.. baru la aku layan Lukman..lukman tido lambat sikit xpe sbb dia sekolah masuk kul 8.30 pagi. Selepas diaorang semua tido..baru la masa untuk aku. Kemas rumah, basuh pinggan, susun buku Aush ikut jadual, mop lantai.. huhu.. then baru la aku tido. Itulah serba sedikit pasal rutin aku. Eheh..
Sent from Samsung Mobile
Subscribe to:
Posts (Atom)











