Wednesday, May 21, 2014

Carbonara Sosej / Meatball Bakar

Bahan- Bahannya:
1 Tin Sos Prego Carbonara Mushroom
Separuh biji Bawang Besar - Dipotong dadu (aku suka guna bawang benggali)
separuh tin cendawan butang di hiris atau potong kecik2
Cheese (Parmesan yang dah siap parut / Mozarela cheese / atau cheese sekeping tu pon boleh)
2-3 bijik bawang putih dihiris2
Bebola daging (frozen) yang dah direbus atau direndam air panas.


Cara masak:
Tumis bawang putih dan bawang besar
Letakkan cendawan butang
Masukkan sos Prego, kacau-kacau sampai mendidih,
Boleh tambah daun parsley bagi naik bau.
Skang nak bakar, aturkan meatball dlm bekas, tuang kuah yg dah dimasak tadi atas meatball dan parut / letak cheese di atas nya. Lagi banyak cheese, lagi nampak cantik bile bakar, nampak cheese tu garing.
Bakar 5 minit, siap!


sedap tau.. puas hati makan sebab masak sendiri nyum nyum





















Tuesday, May 20, 2014

Hikmah yang tersembunyi

Minggu lepas aku telah mengalami sakit, demam selama seminggu. Hari hari pergi ambik darah..hari ke 5 sakit baru lah doktor sahkan aku menghidapi viral infection. Memang terseksa rasanya. Aku tak ada selera makan. Aku tak pernah demam tak ada selera makan tapi kali ni memang betul betul aku sakit. Badan aku lemah selemahnya. Aku jenis tak suka tido siang tapi kali nih memang aku tido je. Selama seminggu aku demam hanya 2 hari je aku dapat rehat betul betul masa suami aku balik sekejap. Faham faham je lah anak anak aku punyalah lasak terutama si Fareeq. dia punya lasak buat tahap kesabaran aku menurun. Aku rasa bila aku sakit nih aku banyak menyusahkan orang. Aku jadi lemah. Nak mati pon ada rasanya. Kepala aku dah fikir macam macam.
Bila aku sakit tu kan..aku mula muhasabah diri aku. Allah memang sayang aku. Dia uji aku sikit je dengan kesakitan. Dia nak aku ingat Dia. sebelum tu aku memang banyak leka..aku seorang yang putus asa dalam sampaikan dakwah. Aku tak nasihat orang untuk jadi abik. Aku pentingkan diri sendiri. Ada ilmu aku tak share dengan orang lain. Aku memang berdosa sangat rasanya. Selalu aku memang suka share share pasal agama dekat FB sebab aku rasa aku pon boleh belajar sekali tetapi di sebabkan mulut seseorang yang memerli aku menggelarkan aku dengan panggilan ustazah slps aku nasihatkan dia..aku terus jadi putus asa. Aku dah tak ada nasihat orang. Aku betul betul sedih bila orang tu cakap aku tak layak nak nasihat orang sebab aku pon teruk..aku pun tak perfect..jadi aku langsung dah berhenti berdakwah. Aku pentingkan diri sendiri..aku leka ..aku lalai sehinggalah aku jatuh sakit. Allah mmg sayangkan aku. Allah marah aku bila aku give up. Ya Allah..memang teruk nya aku. Bila aku sihat aku lupa semuanya. Banyak dah amalan amalan aku tinggalkan. jika dulu aku selalu dengar zikir tapi selepas peristiwa tu..jiwa aku jadi keras..aku asyik dengan lagu lagu keduniaan yang melekakan.. aku memang teruk. ibu apakah aku nih..
Ya Allah..sesungguhnya aku memang tak sanggup nak rasa sakit lebih teruk dari tu... jauhkanlah dari segala penyakit..bukan aku tak redha tapi cukup lah Ya Allah..aku kesiankan anak anak aku. keluarga aku..mama abah..semua tak terurus di sebabkan aku.
Ya Allah lindungilah aku..jauhkan lah aku dari leka dan lalai dengan keduniaan nih. Semoga Allah terus melindungi diriku dan seluruh ahli keluargaku . Amin..

Thursday, May 8, 2014

Suamiku , my lover

Papa aka En Zaiful
Saya sentiasa doakan awak berjaya di dunia dan di akhirat. Walaupun saya ni tak romantik macam isteri isteri orang lain tapi saya nak awak tahu yang saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak. Saya doakan kita di murahkan rezeki, di bukakan rezeki seluas luasnya, di kurniakan rezeki sebanyak banyaknya.. semoga kita sama sama mengharungi susah dan senang. Saya sentiasa menjadi penyokong awak walaupun saya ni nampak seperti terlalu tegas dengan keputusan saya. Saya kena buat macam tu. Saya harap satu hari nanti awak faham kenapa saya macam ni. Saya tahu awak terlalu baik. Saya harap awak di kelilingi oleh orang yang baik baik juga. AMIN... 

From, 
The person who love u so much .. 




Sent from Samsung Mobile

Chicken caserolle


Potong dadu 
Isi ayam
Tomato
Kentang
Brocoli 

Rebus kentang sahaja sampai empuk. Tos dan asingkan. Biar sampai sejuk. 

Sementara tu, 
Cincang bawang putih 
Tumis dengan minyak zaitun (3 sudu besar je)
Masukkan isi ayam
Taburkan lada putih
Kacau kacau sampai masak dan kering
Biarkan sejuk kejap
Bila dah sejuk tu, masukkan satu tin campbell soup. Gaul rata rata. Bila dah gaul rata..panaskan adunan sekejap atas api kecik sup tu pekat. Padamkan api. 

Sediakan bekas utk dimasukkan dalam oven.

Selepas kentang tadi sejuk, letak tomato dan brocoli tadi. Gaul rata rata. Masukkan mayonis gaul sama rata.

Letakkan campuran ayam dan cambell soup tu rata rata dalam bekas. Padatkan jadi satu layer. Tebal pon takpe. 

Lepastu letakkan campuran kentang, tomato dan brocoli dekat lapisan atas. Padatkan jugak.. 

Last sekali tabur cheese. Banyak banyak lah best

Pastu bakarlah sampai cheese tu kuning. 

Sedap!!!.






Sent from Samsung Mobile

Wednesday, May 7, 2014

Kadang kadang aku pon tak faham



Kadang kadang bukan mementingkan diri sendiri tapi siapa lagi yang nak anggap diri kita ni penting?
Kadang kadang bukan nak jaga hati sendiri tapi siapa lagi yang boleh jaga hati kita?
Kadang kadang bukan tak nak faham orang tapi ada ke orang yang faham kita selain diri kita sendiri?
Kadang kadang bukan tak nak tolong orang tapi diri sendiri pon tak tertolong..
Kadang kadang nak jaga hati orang lain kita perlu sakitkan hati orang yang sayang kita..
Kadang kadang berterus terang boleh menyebabkan kita hilang seorang kawan tapi bukan sahabat sejati..
Sahabat betul betul sejati dia faham susah dan senang kita walaupun kita tak berterus terang.. 
kadang kadang kita nak orang je faham  kita tapi kita tak nak faham orang..kita sorang je yang paling susah kat dunia ni..kita seorang je yang memerlukan pertolongan
Yang sebenar benarnya susah nak memuaskan hati semua orang
Ada orang buat kebaikkan disebabkan nak pujian
Ada yang buat baik sebab tak nak hilang kawan 
Ada juga yang buat baik sebab nak orang suka dia
Ada juga yang buat baik sebab nak jaga reputasi dia 
Ada juga buat baik sebab nak ramai kawan 
Nak menunjuk dekat orang
Tapi ada yang tak sedar dalam dia buat baik dengan orang lain dia meyusahkan urusan orang lain
Entahlah
Kadang kadang kita pon tak tahu apa matlamat seseorang. 
Sebab tu ada pepatah "buat baik berpada pada" 

Fikir fikirkan lah .. 


Sent from Samsung Mobile

Wednesday, April 23, 2014

NourAinSkincare memang best sangat!

Assalamualaikum...
Sekarang ni produk yg makin dikenali ramai iaitu Nour Ain Skincare telah mendapat tempat dihati ramai penduduk Malaysia, ramai pengguna yang berpuas hati dengan produk tempatan ni...

Kepada sesiapa yang ingin mencuba produk Nour Ain Skincare, mesti rasa sangat2 berpuas hati selepas sebulan menggunakannya. InsyaAllah, dalam ramai-ramai pengguna skincare Nour Ain ni, jarang sekali mendapat komen yang negatif, dan Admin tengok rata-rata pengguna Nour Ain Skincare mendapat kesan setelah 5 hari penggunaan dan kebanyakannya kulit bertambah cerah!!!

Terus terang saya katakan yang saya telah menggunakan berbagai – bagai jenis produk tempatan dan antarabangsa, mahal dan murah tetapi rata-rata kurang berkesan. Kalau ada yang berkesan pon Saya dapat tau produk tersebut ada bahan terlarang iaitu kandungan merkuri yang tinggi. Kawan-kawan tahu kan apa effect jika kita pakai produk yang tinggi kandungan merkuri? Banyak kesan yang tidak baik antaranya kanser kulit. Nauzubillah..

Ok, sambung cerita pasal saya ye.. selepas menggunakan berbagai-bagai produk tersebut, kulit muka saya makin lama makin teruk sehinggakan kalau nak ambik gambar saya terpaksa edit sebaik baik mungkin. Saya jadi sangat stress sehingga di tegur oleh suami saya.. saya mula lah tercari cari produk yang bagus. Sehingga satu hari kawan saya di FB ada upload satu gambar dia. Saya tengok memang dia sangat cantik dan gebu. Pada fikiran saya mungkin dia pakai produk yang mahal disebabkan suami dia banyak duit..

Jadi saya memberanikan pm dia untuk tanya apakah produk yang dia pakai? So dia dengan excited nya menceritakan kepada saya mengenai produk ini .. akhirnya saya mengenepikan soal membazir, saya tepikan perasaan putus asa, saya tepikan perasaan malas jaga muka, saya tepikan perasaan suami boleh terima saya walaupun wajah penuh jerawat..saya tepikan semuanya saya beli saja dengan lelap mata produk Nour Ain Skincare.

Saya sangat bersyukur kerana berjumpa kawan saya nih. Produk ni memang sangat puas hati untuk saya sebab selepas 3 hari guna saya dah perasan jerawat saya makin kecut dan kulit muka kurang dah merah merah. Lagi satu yang saya paling suka kulit muka saya tidak kusam. Kalau bangun tido tu saya rasa kulit saya mcm fresh..tone warna sama.. saya memang suka sangat!!

Jom lah kawan kawan semua cuba produk nih sebab saya rasa semua perempuan boleh cantik dengan melaburkan sikit duit dan menggunakan produk yang betul. Saya sudah cuba dan saya memang sangat berpuas hati sehingga saya melabur sedikit duit untuk menjadi pengedar. Untuk pengetahuan semua, saya nih jenis sayang duit dan tak berani untuk berniaga kerana saya takut rugi tapi dengan produk ini selepas tengok hasil dia saya jadi sangat berani di tambah pula dengan pujian dari suami saya yang menjadi penambah semangat saya untuk berniaga walaupun secara suka suka sahaja.. Dengan melihat hasil yang baik dan melihat kawan kawan saya cantik adalah satu kepuasan untuk diri saya sebenarnya. So boleh lah siapa yang berminat nak cuba untuk contact saya..



Monday, April 21, 2014

NourAin Skincare

Hari ni aku nak review satu produk ni. Aku rasa memang puas hati lah pakai produk ni setakat nih sebab struktur dia ringan, tak berpeluh, takde penglupasan, muka tak kering, tak pedih, tak da merah merah dan paling penting produk ni berasaskan herba. Kalau bau produk ni pon tak ada yang mencurigakan sebab natural tak perit mcm sesetengah produk. Sebelum ni aku ada cerita kat blog nih yang aku sangat stress pasal jerawat aku. dah macam macam product aku try. daripada untuk luaran sampailah supplement semua tak membantu aku. Aku jadi stress sebab aku kerja dah lah selalu berpeluh peluh. Lama lama aku jadi macam malas nak jaga muka. Then aku adalah stalk FB seorang kawan lama. Aku kagum jugak lah dengan skin dia memang gebu. Dan dia pon menjual jugak produk tu. Tapi aku tak terpengaruh lah sebab sayang duit, fikir membazir dan set mind semua produk sama. Tapi lama kelamaan kulit aku jadi teruk. Mungkin disebabkan faktor umur. Aku jadi seorang yang sangat selekeh.. kalau dekat rumah tu rasa mcm selekeh sangat sangat sebab jerawat ni bertompok kat dua dua pipi, dagu dan dahi aku sangat penuh.. Sampai lah ada satu hari suami aku menegur 
"Ma, kenapa muka awak nih teruk sangat nih?" dengan muka dia yang tak puas hati tu kan

aku..aku terdiam jugak.. arghh...lagilah aku stress sbb suami aku dah tegur. Aku memang tak boleh kalau suami aku tegur. Rasa sangat down. Dah lah suami aku kerja jauh kan sekarang. So selepas je dia pergi outstation, aku terus pm kawan lama aku tu. Aku memang nak beli dari dia. Sebab dah terlalu yakin sangat dengan produk nih aku terus beli set besar. So bermula lah episod aku guna produk nih..
nnti aku cerita lah macam mana cara dia kat next blog ok! eheh..