Wednesday, February 5, 2014

Hobi yang menggila


Aku ada satu tabiat iaitu suka beli tudung. Bulan Januari ialah bulan yang paling boros untuk aku. Sempena bonus ku..aki dah spend untuk 6 helai tudung pearl haya. Tapi untuk tahun ni aku beli yang soft awning. Makna nya klu aku basuh tudung..awning dia tak kan berubah bentuk. Yeay!!!! 
Selepas ni aku plan nak hantar semua tudung lama aku untuk di tukar awning nya.. 
Bagi aku senang pakai soft awning ni walaupun muka aku nampak bulat sket tp aku suka la.. 
Best best best..
Akan tambah lagi collection ikut budget ku yang sesuai.. 
 Ni semua tudung yang aku beli bulan nih 
Pas ni stop 2 bulan .. uhuks

Sent from Samsung Mobile

Happy Belated Birthday Hubby


Encek suami ku macam biasalah perasaan malu dia tu tetap ada.. 




 Lauk ni semua dia pilih ok..! 




Selfie sket bersama Fareeq!!!



Actually birthday encek epul 3 feb tapi baru malam tadi kitaorang dapat celebrate..aku suruh dia pilih tempat makan dan macam biasalah dia akan pilih tempat favorite dia. Aku ok je.. No objection sebab birthday dia kan. So kami celebrate theme Gong Xi Fa Cai haha.. 
Takde la ..di sebabkan itu tempat makan chinnesse food. Encek Epul punya favorite wajib order..shark fin soup. Tapi malam tadi dia buat masin pulak. Tapi layan je la..aku kan memanh seorang yang ok je..flexible je..tak fussy..  
Ape ape pon happy birthday encek suamiku tercinta. Semoga kehidupan kami di berkati Allah dan berbahagia selalu. Aminn... 





Sent from Samsung Mobile

Tuesday, February 4, 2014

Mengantuk

Ok..dengar tajuk pon dah ngantuk kan. Itulah sejak dua menjak ni aku asyik mengantuk je. Sejak Aush sekolah kan memang rutin aku bz sgt. Aku memang tak de masa free. Kawan aku suruh ambik kain dekat rumah dia untuk jual buat baju raya pon tak sempat. Rutin aku mmg bz. Seawal jam 5 pavi aki dah bangun siapkan  breakfast Aush. Lepastu kejutkan dia dan mandi kan. Paling lewat 6.50 pagi aku kena gerak hantar dia sekolah. Selepas hantar dia ..aku lepak lepak kejap depan sekolah dia. Aku saja nak dengar ape cikgu dia pesan masa perhimpunan sebab Aush ni kalau aku tanya dia maklumat tak berapa nak tepat. Lepas aku dengar ..dan murid murid masuk kelas..baru lah aku gerak gi kerja. Kul 8.30 aku masuk office so aku kena balik 5.30 ptg la. Rutin harian aku masa balik pulak.. tido Fareeq dulu..then ajar Aush buat homework dan bg diaorg mkn malam. Kul 9 malam aku kena tido kan Aush sbb aku tak nak dia rasa letih esok tu. Selepas Aush tido.. baru la aku layan Lukman..lukman tido lambat sikit xpe sbb dia sekolah masuk kul 8.30 pagi. Selepas diaorang semua tido..baru la masa untuk aku. Kemas rumah, basuh pinggan, susun buku Aush ikut jadual, mop lantai.. huhu.. then baru la aku tido. Itulah serba sedikit pasal rutin aku. Eheh.. 


Sent from Samsung Mobile