Kadang kadang aku perhati dekat keadaan sekeliling ada orang bagus, solat tak tinggal, puasa pon bagus, solat tarawikh pon bagus, pengetahuan agama pon bagus..tetapi hubungan dengan manusia dia kurang.
Sebagai contoh, kita tengok orang tua sedang buat kerja dapur / kerja rumah misalnya tapi kita tak nak tolong. Kita lebih rela tidur, tengok tv atau main handphone. Di mana akhlak kita? Tak kira lah kita ni anak dia ke.. anak sedara ke.. tapi sebagai orang yg lebih muda banyak tenaga dan ada masa yang lapang apa kata cuba meringankan beban orang tua. Selalu aku tengok orang sekarang terutama anak dara lah.. melawa kemain lagi tp bila bab nilai2 murni ni kurang. Adab dengan orang tua, rajin ke dapur, bangun awal pagi dan membuat kerja kerja rumah dah tak ada. Ringan tulang pon jauh sekali. Mereka mereka ini lebih memilih untuk duduk duduk berbual2 ..lepas tu orang orang tua yang bertungkus lumus membuat kerja kerja rumah. Apa salahnya sebagai orang muda cuba kita peka dengan keadaan orang. Tak guna ilmu agama tinggi tapi tidak mempunyai akhlak yang baik. Jangan berkira sangat sebab orang ilmu agama tinggi seharusnya tahu pahala yang akan mereka dapat bila kita meringankan beban orang. Cuba baca artikel dekat bawah ni.. aku nak ulas lebih memang tak tahu sangat. Bagi aku rugi bila kita ada masa lapang dan tak terikat dengan anak2 kecik tapi tak boleh memberi manfaat kepada orang. Cuba lah jadi orang yang bermanfaat kepada orang baru la terasa hidup ini sangat bermakna.
PONDOK HABIB
"Agama terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Akidah, Syariah dan Ibadah. Ramai yang menitik beratkan ibadah tetapi tidak menitik beratkan akhlak. Islam sangat mementingkan akhlak yang baik sehinggakan Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam yang banyak beramal ibadah tetapi Allah tidak memuji Rasulullah kerana ibadahnya tetapi kerana akhlaknya.
Akhlak mesti menghiasi ibadah. Baiknya akhlak dapat mengangkat darjat orang yang tidak banyak beramal, tapi buruknya akhlak boleh merendahkan darjat walaupun banyak beramal.
Orang yang muflis di hari perhitungan adalah orang yang membawa ganjaran pahala ibadah yang banyak akan tetapi buruk akhlaknya , seperti tidak menjaga mulut, sering menyakiti atau memaki hamun , termasuk juga makian di laman sosial seperti facebook (makian tanpa sempadan-dosa tanpa sempadan), tidak menjaga tangan dan lain-lain.
Orang yang dizalimi akan menuntut ganjaran darinya. Sekiranya sudah tidak cukup pahala, akan diberikan pula dosa orang dizalimi kepadanya, jadilah orang yang buruk akhlak golongan yang datang dengan pahala, kembali dengan dosa. Begitulah, jangan sampai akhlak yang buruk menghapuskan pahala ibadah.
-Ad Daie'ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid-
Copy&paste from FB : Pondok Habib