Friday, March 28, 2014

Cuti Sekolah



Cuti sekolah hampir habis.. cuti kali nih aku berjaya bawak Firdaus dan Lukman ke KLCC. Apa yang menakjubkan ialah aku berjaya handle 2 hero aku nih sorang sorang. Sebenarnya aku dah banyak kali bawak hero hero aku jalan jalan tapi aku handle sorang2 tapi kali nih sebab jauh sikit kan. Tapi alhamdulillah diaorang ni semua dengar cakap. En Epul ku dia tak dapat nak join cuti sekolah nih berjalan jalan sebab dia bekerja jauh demi untuk keluarga. Kesian dia. Aku tau sebenarnya dia pon tak sanggup nak berjauhan dengan family tapi demi nak cari rezeki dia kuatkan hati dia. Walaupun dia nampak macam kuat tapi aku tau sangat di sudut hati dia tu kan tapi aku cuba lah yakin kan dia aku boleh handle semua benda nih.. Aku tau sangat dia memang nak family dia selesa. Tiba tiba menitik pulak air mata cerita pasal dia.

ok..dah  dah..stop. hihi

So ari tu pergi lah berjalan dekat Petrosains. Aku saja bawak budak budak ni pergi situ sebab dekat situ ada banyak game yang boleh belajar sekali. Aku tengok Firdaus memang betul betul berminat dengan technical nih.. memang dia cuba lah semua benda kat situ. Ada satu masa tu aku tengok dia tengah buat model kereta untuk test kelajuan tu. Dia main dengan budak cina. Dia ubah ubah lah design kereta tu untuk bagi kereta tu laju. Yang Lukman tak payah cakap lah budak baru nak masuk 4 tahun and what do you expect? dia main je lah ikut cara dia. Aku lah yang letihnya kejar dia sana sini.. sehari suntuk jugak lah duduk kat dalam tu. So nak dekat pukul 4 baru keluar baru lah nak cari tempat makan. Aku macam teringin nak makan kat chilis lepastu aku tengok anak anak aku macam susah je nak makan tempat macam tu sebab diaorang ni lasak kan..so aku decide makan dekat Pizza Hut je lah. Naseb baik Manager pizza situ dia mesra alam. Dia layanlah anak anak aku. haha.. klaka jugak.. 

Lepas makan round round lah kejap. Aku masuk parkson tengok ada baju Batman dan Superman RM39 sehelai. Aku rasa ok lah price tu. Aku terus je grab mengenangkan baju baju untuk berjalan budak budak nih dah lusuh. Sebab diaorang selalu berjalan dah lusuh dah baju. Aku dah lama tak beli baju baru diaorang since raya tahun lepas. So aku fikir balik ambik jelah. Dapatlah beli baju untuk diaorag seorang 2 helai. Baju tido seorang sepasang. Ok lah tu untuk cover sampai raya. hahaha.. boleh kan mcm tu.. punyalah nak jimat cermat. Then Aush dan Lukman paw aku mainan lagi..huhuhu

Then berjalan lah lagi aku masuk Sephora.... adei aku nih memang pantang nampak make up korang nak tau. Terbeli jugak aku bedak,lipstick dan cc cream. Naj cantik punya pasal. Cantik ke???

Lepastu..dah penat jalan kitaorang pon balik. Nak balik seremban tu kan punya lah seksa jem gila gila punya!!!
aku dah stress dah nih..

Sampai je rumah mandi kan diaorang kejap tak sempat makan terus tido...
ok lah aku puas hati dapat buat diaorang semua happy... 
Walaupun kami tak bercuti jauh jauh tapi anak anak aku enjoy je .. takpe satu hari nanti bila kamu semua dah besar kita pergi travel jauh jauh kan..
InsyaAllah..


Sebelum masuk Petrosains
Ni cermin semua sudut boleh nampak muka kita. Aku tak dapat bayangkan kalau ada Aush n Lukman ramai macam nih boleh pitam aku. Agaknya sebab tu lah aku tak dapat anak kembar walaupun selalu doa nak anak kembar masa pregnant kan Fareeq.

Aku biasalah selfie sokmo. Pantang ada cermin tinggi ahaks.. ko tengokAush kat belakang tu berlari lari. Sabar je lah!!

                                       
me and dinosaur

                                        
Masa ni tengok 3D movie. Aush menjerit jerit..

                                                      

                                         
Ni macam dekat Offshore. Kunun kunun macam engineer lah nie.. Lukman tu memang berani betul lah..

                              
Dekat sini banyak gila games




Saturday, March 1, 2014

Tak sabar

Aku kan sbnya x sabar nk tggu anak aku boleh terima arahan / dah besar sikit sbb kan aku bnyk sgt tempat nak jalan.. 
Aku sabar je tgk org jalan sana jalan sini .. aku bukan tak boleh nak berjalan skrg.. boleh je tapi aku rasa aku akan letih. Letih sebab anak anak aku lasak tersangat sangat. Kejar sana kejar sini. Lepastu klu time tu aku bawak mama abah mesti diaorg pon penat sekali nanti jaga anak2 aku..so lebih baik aku duduk rumah dan bawak diaorg pergi playground / children centre je. Dekat sana lagi diaorg bebas. Sabar sabar eh semua.. bukan life aku ni membosan kaj tapi aku rasa lg bosan klu jalan jalan stress. Klu tujuan berjalan ni setakat nak ambik gambar berlakon perfect 3 saat tu baik x payah lah kan..then upload kt fb..insta..utk tunjuk dekat semua org. Tu bagi aku happy kejap je. Kalau berjalan aku nak semua org enjoy.. so aku rasa budak2 ni besar baru lah aku leh berjalan2.. tggu!!! 

Sent from Samsung Mobile